Kepada yang tidak tahu senyuman adalah ekspresi muka yang anda
tunjukkan bila anda berasa senang atau gembira. Terdapat pelbagai jenis
senyuman yang boleh digunakan pada masa-masa dan situasi tertentu.
Contohnya seperti senyuman manis, senyuman nakal dan lain-lain lagi.
Dalam post ini kami nak kongsikan 17 jenis senyuman dan masa-masa atau
situasi yang sesuai untuk menggunakannya.
Senyuman yang boleh mencairkan jiwa dan raga. Sekali terkena pasti
akan teringat sampai bila-bila. Sangat sesuai dijadikan senjata bila nak
minta pertolongan atau minta apa-apa. Susah nak tolak permintaan yang
disertakan dengan senyuman manis ini hehe
Sama lebih kurang macam senyuman angau dan sangat mudah untuk
dikenalpasti. Disebalik senyuman ini biasanya terpancar aura cinta dan
kebahagiaan yang tulus dan tulen. Biasanya berlaku pada orang yang
dilamun cinta tak kisah la cinta pada kekasih, cinta pada binatang
peliharaan hatta cinta pada kereta baru pon boleh.
Ini adalah senyuman yang boleh membuatkan jantung anda terhenti.
Senyuman ini tidak boleh diwarisi atau dipelajari. Hanya boleh dilakukan
oleh insan-insan terpilih dan teristimewa sahaja haha. Lagi hebat kalau
disertakan dengan lesung pipit! PERGGHHHHHh *pengsan*
Senyuman yang menggambarkan keriangan dan kegembiraan. Tiada lagi penerangan diperlukan haha
Tiada eye contact dalam senyuman ini kerana anda sibuk berada di alam
fantasi memikirkan sesuatu yang tiada di depan mata. Biasanya
diakibatkan oleh kerinduan pada seseorang atau teringat memori indah
bersama yang tersayang. Terasa seperti anda berada dalam situasi yang
sama dengan memori indah itu maka lahirlah senyuman ini.
Semakin anda meningkat dewasa dan matang semakin hebat anda dapat
menggunakan senyuman ini. Kerana dada anda dah dipenuhi dengan ilmu dan
pengalaman. Ia sennyuman yang menunjukkan tentang pengalaman dan
pengetahuan yang anda telah timba sepanjang hidup.
Mata anda dapat menggambarkan segalanya. Dipenuhi dengan sinaran
kegembiraan, keriangan dan kegairahan. Tidak perlu penerangan lain
Senyum sambil cakap dalam hati “So what? I ‘m the boss.”
Senyum sambil ada sedikit perasaan malu-malu sambil berbisik dalam hati ” saya bertuah lagi hikhikhik”
Cuba teka dalam gambar di atas mana satu senyuman yang geli hati mana satu senyuman yang tak geli hati langsung haha.
Senyuman yang nakal dan ada niat jahat tersembunyi hehehe.
Kanak-kanak dianugerahkan bakat semulajadi yang sangat hebat untuk
memberikan senyuman sebegini haha.
Senyuman ini biasanya wujud bila anda berasa puas hati. Contohnya
dapat makan sedap-sedap, dapat beli baju baru idaman hati atau dapat
patahkan segala hujah kawan anda haha. Lagi berkesan kalau anda angkat
kening sambil buat senyuman puas hati ini.
Senyuman puas ini tidak sama dengan senyuman puas hati yang sebelum
ini. Senyuman puas hati lebih kepada kegembiraan yang lahir daripada
faktor luaran manakala senyuman puas ini adalah kegembiraan yang lahir
dari dalaman. Ia mempamerkan ketenangan, keamanan dan kepuasan diri
setiap dalam kehidupan seharian.
Senyuman yang lahir bila anda berasa sangat yakin. Tak kisah la kalau
anda terpaksa tunjuk pendakap gigi yang berwarna-warni itu.
Senyuman yang terukir bila anda berasa bangga dengan pencapaian anda.
Senyuman ini agak sukar sedikit dan memerlukan posisi-posisi yang tertentu dan strategik. Anda perlu duduk pada posisi 47 darjah daripada penerima supaya anda dilihat pada sisi terbaik anda. Anda juga perlu sengetkan kepala anda ke bawah sedikit (untuk efect malu-malu) tetapi dengan mata yang mengerling (mencabar penerima untuk mara). Dan jika anda wanita sila kelipkan sekali mata anda beberapa kali untuk kesan tambahan. Lentokkan kepala anda pada salah satu tangan
untuk menunjukkan anda tidak berdaya dan menambah lagi keberkesanan
senyuman seksi ini. Walaupun ianya agak sukar tapi jika berjaya ia mampu
menjadi senjata membunuh yang paling hebat sekali haha.
Ini adalah senyuman untuk menaikkan semangat, biasanya senyuman ini
digunakan bila andabaru sahaja pulih daripada takde mood atau kesedihan.
Ia bukan sahaja dapat menaikkan semangat anda malah juga semangat orang
disekeliling yang melihat anda tersenyum.
Sedikit info tambahan: Senyum itu lebih mudah daripada berkerut
kerana anda memerlukan lebih kurang 37 otot untuk berkerut dan hanya 22
sahaja untuk tersenyum (angka mungkin berbeza mengikut pendapat) maka
senyumlah selalu. Layarilah cisdel.com selalu jugak untuk buat anda
tersenyum hehehe
sumber: diterjemah dan diolah daripda abundancetapestry
Minggu, 28 Desember 2014
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar