Wanita di klasifikasi sebagai wanita yang sangat pemalu,contoh ini boleh di ambil di dalam kisah-kisah zaman dahulu tetapi semalu-malu pun, mereka tetap menginginkan jejaka idaman hati mereka sehingga ke mahligai
rumah tangga,insyaallah.
1. Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian
tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat
tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman
kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan
ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.
2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah.
Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan
jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi
merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia
memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap
anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga
mencubit anda dan bukannya ‘body contact’ dalam permainan rugbi. Paling
tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.
5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata,
“adalah…” sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda
cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat
anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.
6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan
perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu
sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi
sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil
memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar
dengan mengulang perkataan “bosannye…..” atau mungkin bertanya tentang
filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda
keluar, dia akan menggunakan perkataan “saya belanja”.
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang
keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan
mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia
akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah
seorang ‘stalker’!
10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.
11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba
menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah
mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau
sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk
satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.
Berusahalah,sesungguhnya orang yang berusaha untuk mencari teman hidup adalah sebaik-baik kejadian manusia.Allah swt tidak akan mengubah takdir sekiranya diri kita tidak mengubahnya.
Sumber:
0 komentar:
Posting Komentar